Aizax: Uncovered

Music - Politics - all this kind makes me...

11:11 AM

Hawa Bernafsu

Ditulis oleh Zax

Berpolitik, tapi mengikut hawa nafsu..

Camana tu? Bukan ke politik ini bertujuan untuk membina negara bangsa, atau organisasi supaya lebih kukuh dan cemerlang?

Bila tgk situasi politik sekarang, aku meminta pendapat orang2 yang lebih banyak makan garam daripada aku. Jawapannya semua sama... zaman dulu terlalu jauh berbeza dari sekarang.

Jika dulu, pembangunan jadi tumpuan. Tapi sekarang, 'kepala Agong' sudah jadi taruhan. Siapa ada kuasa, dunia ini dia yang punya.

Entahlah.....

2:27 PM

Mana Dimana Kemana

Ditulis oleh Zax

Rasanya dah lama benar aku tak update blog. Bukan kerana dah tak minat berblog tapi sb masa xde, dan terlampau banyak komitmen kerja dan peribadi yang berlegar. Mana satu nak kejar pun tak tau.

Tapi apapun aku akan cuba aktif balik berblog. Kongsi pengalaman, share my thought about politic, music and Islam.... tiga benda ni tak dapat berpisah dengan aku.

So, I'm back again, and again.....

3:39 PM

Ke Alam Baru

Ditulis oleh Zax

Lama tak update blog ni. Macam biasa la, aku akui bila sibuk, maka dtglah sifat malas tu. huhu.

Aku skrg baru je menamatkan PAU 2011, dan kini baru nak merasai kenikmatan cuti hujung tahun. Meluangkan masa dengan famili adalah satu perkara yg sangat menyenangkan hati aku setelah lama asik bz dgn kje dan tugas.

Skrg ni, baru nak belajar memasuki alam baru yg akan aku tempuhi kurang dua tahun dr skrg. Pastinya, tanggungjawab aku 100% akan berubah. Ada amanah yg sgt2 berat yg perlu aku pikul nanti.

Bersedia? Aku tak tau. Serius, aku mmg zero dalam nak menempuh alam yg baru ni. Bukan takut, cuma bimbang tak mampu beri yg terbaik.

Masih dalam peringkat memulakan persediaan, fizikal, mental dan duit. Benda ni bukan untuk main2...ianya mahu dibawa sampai abis nyawa

Apapun, Aku cuba mematangkan diri aku untuk menempuh alam baru nnt, insyaallah

9:20 AM

Naik Teksi...

Ditulis oleh Zax

Setiap kali mahu kemana-mana, kalo takde orang yang mahu membawa aku ke tempat yg dituju sudah pasti teksi menjadi pilihan aku. Bukan apa, rasanya lagi mudah dan cepat nak ke tempat dituju, walaupun harga yang lebih mahal daripada naik bas ataupun LRT.

Walaupun camtu, rasa berbaloi gak sebab aku lebih cepat tiba ke tempat, lagi-lagi kalau tempat tu takde kemudahan bas atau LRT. Takdelah kena tergesa-gesa nak kesana sini, since aku tal boleh bawak kereta.

Perkara yang biasa aku dapati bila naik teksi ni ialah, macam-macam jenis pemandu teksi yang aku jumpa. Ada yang pendiam, hanya tumpu pada pemanduan, dan ada juga yang sangat peramah selalu berbual dengan penumpang.

Kadang-kadang seronok bila dapat berbual dengan driver teksi ni. Macam-macam cerita ada, terutama ragam orang yang pernah dibawa. Maklum jelah, kat KL ni manusianya 1001 perangai. Macam-macam yang diceritakan, daripada kisah pelacur, kena ragut, kena tipu sampailah cerita-cerita hal ehwal semasa. Kadang-kadang terasa jugak yg driver teksi lebih luas pengalamannya, walaupun kerjanya taklah mahu semegah mana.

Daripada diorang gakla, aku tahu sedikit sebanyak perangai orang kat KL ni. Macam2 ragam. Baik buruk, jahat ikhlas semua ada

Ranjau sepanjang jalan, merentasi denai perjuangan adalah nadi kepada parti UMNO. Pertubuhan siasah yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 ini tidak pernah sunyi dari onak duri, tangis tawa perjuangan yang tak pernah putus memperjuangkan agama bangsa dan Negara.

Pertubuhan keramat ini bukan lahir di jalanan, bukan lahir di tepian kaki lima simpang tiga. Ia dilahirkan di istana. Dengan restu para golongan diraja, ulama dan segenap rakyat jelata, ia hidup sebagai wadah tunggal orang Melayu mempertahankan hak dan kedaulatan bangsa.

Sudah 65 tahun umurnya. Sudah bermacam onak dan ranjau ditempuhi. Berbagai peristiwa, baik suka mahupun duka melatari sepanjang perjalanan parti keramat ini. Menunjang sebuah Negara yang merdeka, malah UMNO jugalah yang memperjuangkan agama.

Terutama buat ahli Parti, bersyukurlah dengan apa yang dibawa oleh parti ini, terutama saat memperjuangkan kemerdekaan. Pahit getir pejuang yang mempertaruhkan segala-galanya demi agama bangsa dan Negara.

Jangan terdetik walau sesaat rasa riak dan ujub akan kekuatan UMNO. Banyak lagi yang perlu diperbaiki, malah banyak lagi yang perlu dibetulkan.

Jangan sekali kufur, kerana walau banyak jasa yang UMNO lakukan, ia tak lain dan tidak bukan semuanya adalah kerana nikmat dan kasih sayang daripada Allah SWT. Bersama-samalah kita menjaga agama kita, bangsa kita da Negara kita.


"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)

Selamat Hari UMNO ke 65

9:20 AM

Aku dan pilihanraya

Ditulis oleh Zax


Dah kerja dalam bidang politik, sudah tentulah banyak melibatkan pilihanraya. Seingat aku, walaupun baru sekali aku terlibat dalam pilihanraya secara langsung pada 2008, tapi sepanjang 23 tahun aku hidup, aku dah lalui 4 pilihanraya besar (actually 5, tapi yg 1990 tu aku tak ingat, kecik lagi)

Pilihanraya 1995

Masa tu aku darjah satu, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat. Tau jelah, budak-budak, exited tgk poster2 pilihanraya yg digantung di kawasan rumah. Tengok orang pasang poster…. Meriah. Kelas aku (1 Anggerik) turut digunakan sebagai tempat mengundi. Ingat lagi masa masuk sekolah lepas mengundi, cikgu Khuzaidah suruh susun balik meja yang dialihkan petugas SPR.

Pilihanraya 1999

Aku darjah lima, masa tu otak dah berkembang sikit, tambahan pula subjek Kajian Tempatan sekolah rendah belajar pasal parti politik. Seingat aku time ni agak kelam kabut, dengan reformasi termasuk bergaduh di Kampung Baru. Kali ni, Terengganu jatuh ke tangan PAS dan result BN turun sikit. Aku tak ingat sangat pasal ni.

Pilihanraya 2004

Time ni Tingkatan 4 di SMK Wangsa Maju Seksyen 5. Masa ni aku dah mula terdedah dengan politik sebab latar belakang family aku yang meminati politik. Ni PRU first zaman Paklah… menang besar la katakan. Kat sekolah, aku pun rancak berbual pasal pilihanraya dgn kawan-kawan, terutama Amirul dan Maula. Dua2 pun kaki politik gak. Tapi kami memerhati je time tu.

Pilihanraya 2008

Kali pertama bertugas di badan siasah. Kali pertama juga terlibat secara langsung dengan pilihanraya. Keputusan hilang beberapa negeri jatuh ke tangan Pembangkang berlaku depan mata aku. Tapi pengalaman pertama kerja pilihanraya. Penat, tapi best sbb dapat belajar banyak benda. Cuma keputusan yang aku tengok sendiri depan mata cukup mengharukan

8:20 PM

Better life utk aku

Ditulis oleh Zax

Apa Yang Tangguh??

Ya, selepas aku beristikharah dan fikir dalam2, aku ambil keputusan utk slow down atau tangguh sementara segala aktiviti muzik, recording n seumpanya tahun ini.

Kenapa? Well, bukannya apa, aku rasakan jadual kerja dan kehidupan aku makin sempit dan sesak yg menuntut aku utamakan apa yg lebih utama. Keluarga, kerjaya dan kehidupan. Aku perlukan kehidupan yang lebih sempurna dan utk itu, aku terpaksa berkorban.

Tapi bukanlah aku akan tak bermuzik. Akan buat juga, cuma akan slow buat beberapa ketika. Cuma serius projek sahaja yg aku akan btol2 fokus. Yg lain, aku terpaksa ketepikan... tak tau brape lama

Besides that, aku akan kumpul duit utk setup home studio baru aku...mungkin hujung tahun (Mac Pro on list??)...Mean while, aku mahu fokus benda lain... I want a better life for me...

5:33 PM

Buraq In studio...

Ditulis oleh Zax

Just a quick update...

Buraq skrg ni sdg dalam proses rakaman single di Homestudio aku, Powerforce Studio. Alhamdulillah, kali ni progress amat lancar dan xde sangkut seperti dlu. Cuma, aku harap sgt, projek recording kali ni akan berterusan dan tak berhenti sekerat jalan.

So progresnya setakat ni:

|Song #1 (Dia Rasul) - Drum, acoustic guitar, Bass 100%, string 50%, melody & lyric 20%


Song #2 (Codename: As-Sirat) - Drum 100%, Guitar 85%, Bass 50%, string, keyboard, Leslie organ etc 12%

Song #3 - Baru nak buat....
Till next time

8:26 PM

Jiwa Orang Media....

Ditulis oleh Zax

Aku cuba menyelami jiwa sebagai seorang ‘orang media’. Hampir lima tahun aku bertugas di department di sebuah pertubuhan siasah yang rata-rata banyak hubung kait dengan media relation membuatkan aku tertanya-tanya, adakah aku ni memang dilahirkan sebagai ‘orang media politik’.

Walaupun sudah lima tahun bekerja, tapi jiwa ‘orang media’ ni mula membara dalam jiwa aku dua tahun yang lepas. Walaupun bertugas dalam lingkungan ahli politik tanah air, namun entah kenapa, jiwa aku sudah mula terarah ke dua journalism dan kewartawanan.

Teringat dulu, menjadi wartawan, atau bekerja dalam bidang media bukanlah intention aku di bangku sekolah, walaupun hakikatnya aku sebenarnya meminati bidang penulisan. Cikgu Kasminah, Cikgu Zaitun, Cikgu Zabedah merupakan guru bahasa yang membentuk aku dalam bidang penulisan Bahasa Melayu. Disamping itu, mungkin juga atas hobi aku yang gemar membaca terutama buku-buku sejarah dan pengetahuan am.

Tapi bila dah masuk ke alam pekerjaan, aku memang terdedah terus dalam dunia media dan kewartawanan. Ingat lagi bila aku diajar oleh Kak Ika, bagaimana untuk menyunting bahan-bahan berita untuk dimasukkan ke dalam majalah keluaran kami. Ejaan, susun atur ayat, reka letak semua dititik beratkan. Walau hakikatnya, aku hanya bermula sbg seorang budak grafik


Tiga tahun pertama bekerja takdelah terdedah sepenuh masa dengan dunia media kerana time tu juga aku terdedah pada kerja-kerja perhubungan awam, dan hal2 politik yg serba mencabar. Dan masuk tahun keempat, memang terus menerus full time masuk ke alam media. Tambah pulak, guru-guru aku mmg antara org2 kuat media mainstream kat Malaysia ni. Sememangnya pengalaman berharga.

Sedikit demi sedikit, aku dah mula lupakan cita-cita aku untuk bergiat lebih jauh dalam bidang politik. Ya, berkat didikan abang dan kakak aku di Bahagian Media, terus terang aku katakana jiwa seorang pengamal media, dan jiwa kewartawanan dah ada dalam jiwa aku. Mereka yang memberi tunjuk ajar dan membentuk aku. Mungkin, seorang wartawan/penulis/penganalisis politik satu hari nanti?

Apapun, aku nak berterima kasih pada abang dan kakak aku yg sama2 ajar aku dalam bidang media. Selagi ada peluang yang diberi oleh Allah SWT, aku akan terus menjadi ‘orang media’

7:57 PM

Menjaga Harta...

Ditulis oleh Zax

Aku ada sifat menyayangi harta benda yang aku miliki. Tak kira la apa harta atau barangan yang aku beli hasil titik peluh aku bekerja, tak kira hatta telefon bimbit atau computer dan barang2 lain, pasti akan aku jaga dan make sure segalanya berjalan dengan baik dan sempurna tanpa sebarang kerosakkan.

Memang, aku seperti tak boleh lihat harta-harta kesayangan aku (terutama PC dan HP) ada error, rosak atau jahanam. Tahlah, seakan aku runsing bila kenangkan yang itu mahu direpair, yg ini mahu dibetulkan. Aduhai, kos lagi, lpstu kerja-kerja aku tergendala lagi.

Tak tahu la, sifat ni dah tertanam dalam diri aku sejak kecik lagi, iaitu menjaga harta. Aku tak seperti org lain yg ada rumah dan kereta utk dijaga. Yang ada, Cuma PC, HP dan gajet2 aku yg cukup aku sayang dan jaga macam nyawa aku sendiri. Bila rosak, mulalah kelam kabut aku berkejar mahu membaikinya. Duit lagi.

Cuma bila difikir balik, sedikit sebanyak benda ni mengajar aku agar lebih cermat dan teliti dalam hal-hal menjaga harta2 peribadi aku. Dan juga, bila ada yg rosak dan perlu dibaiki, ada hikmahnya. Ia dapat melatih aku supaya lebih bersabar dan tidak terburu-buru.

8:07 AM

In studio

Ditulis oleh Zax

Selepas hampir 4 bulan berehat daripada sebarang aktiviti recording, akhirnya aku n kwn2 kembali semula ke studio milik aku, Powerforce Studio. Ceritanya, mahu menghabiskan baki rakaman Feel One dan menyambung balik rakaman Buraq yang sekian lama tertangguh dek kerana kesibukan kerja lain.

Bercerita tentang Buraq, sesi kali ni lebih fokus pada lagu2 yang sedikit heavy dan progressif, banyak yang berkisar ttg sejarah Islam, perjuangan dan jihad. Dari segi teknikalnya, mungkin aku lebih banyak bereksperimentasi dengan sound2 yang berat, bermelodi dan byk elemen orkestra serta syththesizer.

Perlu berhati-hati juga. Aku perlu pastikan walaupun lagu tersebut bertaraf 'Berat' dan 'rock', tapi elemen nasyid dan dakwah tetap ada. Paling penting, lagu tu mesti ada ruh dan semangat....

Beberapa preview aku dah letak dalam Facebook aku, tapi cuma basic track dan blom lengkap lagi. Insyaallah akan btol2 fokus kali ni....

10:57 AM

Tugas Orang Media....

Ditulis oleh Zax

Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu macam mana aku boleh tercampak dalam bidang Media ni. Cita-cita asal aku sebenarnya adalah untuk menjadi seorang guru. Namun, takdir yang merubah segalanya sebaik sahaja aku tamat persekolahan.

Aku berpengalaman lebih kurang empat tahun dalam bidang media, terutama dalam hal-hal media politik dan sosial. Empat tahun bergelumang dengan suasana yang penuh mencabar, aku diajar bagaimana mahu mengendalikan wartawan, menyunting berita, buat berita, etika kewartawanan dan lain-lain.

Maybe sebab minat juga rasanya. Aku diajar membaca akhbar sejak berusia 5 tahun lagi. Ketika tu, akhbar Utusan Melayu, Berita Harian memang sentiasa ada dirumah. Vendor akhbar yang selalu hantar akhbar ke rumah aku sejak kecil pun hanya bertukar dua kali aje.

Mungkin aku taklah cenderung jadi wartawan, tapi lebih kepada menulis rencana dan duduk di bahagian editorial. Tugas aku di pejabat pun, lebih banyak terperap di pejabat, menyunting bahan berita terutama video.. Cuma sesekali keluar mencari info dan melepak dgn kawan2 dalam bidang sama

Walaupun aku xde la pendidikan formal dalam bidang ni, tapi Aku dididik oleh ramai wartawan dan editor akhbar, termasuk bekas orang kanan Utusan dan Berita Harian. Ironinya, aku dlu membaca akhbar tersebut sejak kecil, bila skrg dididik pula oleh orang2 kanan akhbar tu

Pengalaman mengajar. Sekarang pun aku menjadi ketua pengarang MUNSYEED.COM, sebuah agensi media nasyid. Aku sebolehnya akan cuba sedaya upaya untuk gunakan pengalaman yg ada untuk mencurahkan khidmat