Aku cuba menyelami jiwa sebagai seorang ‘orang media’. Hampir lima tahun aku bertugas di department di sebuah pertubuhan siasah yang rata-rata banyak hubung kait dengan media relation membuatkan aku tertanya-tanya, adakah aku ni memang dilahirkan sebagai ‘orang media politik’.
Walaupun sudah lima tahun bekerja, tapi jiwa ‘orang media’ ni mula membara dalam jiwa aku dua tahun yang lepas. Walaupun bertugas dalam lingkungan ahli politik tanah air, namun entah kenapa, jiwa aku sudah mula terarah ke dua journalism dan kewartawanan.
Teringat dulu, menjadi wartawan, atau bekerja dalam bidang media bukanlah intention aku di bangku sekolah, walaupun hakikatnya aku sebenarnya meminati bidang penulisan. Cikgu Kasminah, Cikgu Zaitun, Cikgu Zabedah merupakan guru bahasa yang membentuk aku dalam bidang penulisan Bahasa Melayu. Disamping itu, mungkin juga atas hobi aku yang gemar membaca terutama buku-buku sejarah dan pengetahuan am.
Tapi bila dah masuk ke alam pekerjaan, aku memang terdedah terus dalam dunia media dan kewartawanan. Ingat lagi bila aku diajar oleh Kak Ika, bagaimana untuk menyunting bahan-bahan berita untuk dimasukkan ke dalam majalah keluaran kami. Ejaan, susun atur ayat, reka letak semua dititik beratkan. Walau hakikatnya, aku hanya bermula sbg seorang budak grafik
Tiga tahun pertama bekerja takdelah terdedah sepenuh masa dengan dunia media kerana time tu juga aku terdedah pada kerja-kerja perhubungan awam, dan hal2 politik yg serba mencabar. Dan masuk tahun keempat, memang terus menerus full time masuk ke alam media. Tambah pulak, guru-guru aku mmg antara org2 kuat media mainstream kat Malaysia ni. Sememangnya pengalaman berharga.
Sedikit demi sedikit, aku dah mula lupakan cita-cita aku untuk bergiat lebih jauh dalam bidang politik. Ya, berkat didikan abang dan kakak aku di Bahagian Media, terus terang aku katakana jiwa seorang pengamal media, dan jiwa kewartawanan dah ada dalam jiwa aku. Mereka yang memberi tunjuk ajar dan membentuk aku. Mungkin, seorang wartawan/penulis/penganalisis politik satu hari nanti?
Apapun, aku nak berterima kasih pada abang dan kakak aku yg sama2 ajar aku dalam bidang media. Selagi ada peluang yang diberi oleh Allah SWT, aku akan terus menjadi ‘orang media’
1 kata orang:
Hebat gak Ijat menulis nie ...
Post a Comment