Aizax: Uncovered

Music - Politics - all this kind makes me...

Ranjau sepanjang jalan, merentasi denai perjuangan adalah nadi kepada parti UMNO. Pertubuhan siasah yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 ini tidak pernah sunyi dari onak duri, tangis tawa perjuangan yang tak pernah putus memperjuangkan agama bangsa dan Negara.

Pertubuhan keramat ini bukan lahir di jalanan, bukan lahir di tepian kaki lima simpang tiga. Ia dilahirkan di istana. Dengan restu para golongan diraja, ulama dan segenap rakyat jelata, ia hidup sebagai wadah tunggal orang Melayu mempertahankan hak dan kedaulatan bangsa.

Sudah 65 tahun umurnya. Sudah bermacam onak dan ranjau ditempuhi. Berbagai peristiwa, baik suka mahupun duka melatari sepanjang perjalanan parti keramat ini. Menunjang sebuah Negara yang merdeka, malah UMNO jugalah yang memperjuangkan agama.

Terutama buat ahli Parti, bersyukurlah dengan apa yang dibawa oleh parti ini, terutama saat memperjuangkan kemerdekaan. Pahit getir pejuang yang mempertaruhkan segala-galanya demi agama bangsa dan Negara.

Jangan terdetik walau sesaat rasa riak dan ujub akan kekuatan UMNO. Banyak lagi yang perlu diperbaiki, malah banyak lagi yang perlu dibetulkan.

Jangan sekali kufur, kerana walau banyak jasa yang UMNO lakukan, ia tak lain dan tidak bukan semuanya adalah kerana nikmat dan kasih sayang daripada Allah SWT. Bersama-samalah kita menjaga agama kita, bangsa kita da Negara kita.


"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)

Selamat Hari UMNO ke 65

0 kata orang: