Setiap kali mahu kemana-mana, kalo takde orang yang mahu membawa aku ke tempat yg dituju sudah pasti teksi menjadi pilihan aku. Bukan apa, rasanya lagi mudah dan cepat nak ke tempat dituju, walaupun harga yang lebih mahal daripada naik bas ataupun LRT.
Walaupun camtu, rasa berbaloi gak sebab aku lebih cepat tiba ke tempat, lagi-lagi kalau tempat tu takde kemudahan bas atau LRT. Takdelah kena tergesa-gesa nak kesana sini, since aku tal boleh bawak kereta.
Perkara yang biasa aku dapati bila naik teksi ni ialah, macam-macam jenis pemandu teksi yang aku jumpa. Ada yang pendiam, hanya tumpu pada pemanduan, dan ada juga yang sangat peramah selalu berbual dengan penumpang.
Kadang-kadang seronok bila dapat berbual dengan driver teksi ni. Macam-macam cerita ada, terutama ragam orang yang pernah dibawa. Maklum jelah, kat KL ni manusianya 1001 perangai. Macam-macam yang diceritakan, daripada kisah pelacur, kena ragut, kena tipu sampailah cerita-cerita hal ehwal semasa. Kadang-kadang terasa jugak yg driver teksi lebih luas pengalamannya, walaupun kerjanya taklah mahu semegah mana.
Daripada diorang gakla, aku tahu sedikit sebanyak perangai orang kat KL ni. Macam2 ragam. Baik buruk, jahat ikhlas semua ada
0 kata orang:
Post a Comment