9:32 AM

Unit Media...

Ditulis oleh Zax

Alhamdulillah, dah dua minggu aku ditukarkan ke Unit AV, Bahagian Media. Selama ni mmg aku duduk di Bahagian Perhubungan Awam, ada la gak campur sket urusan Media. Cuma kali ni, aku kena masuk terus dalam alam media massa, walaupun xde pengalaman sgt..

Bercerita ttg pertukaran tempat bertugas, pada mulanya aku agak skeptikal gakla, sbb yela, masuk dlm dunia yg agak berbeza... walaupun aku incharge AV, tp skop kerjanya pasti lebih luas...

Bekerja dgn kwn2 yg berpengalaman dlm bidang media pasti menyeronokkan dan dpt timba lg banyak ilmu, lebih2 lg dlm ruang politik aku ni... yeah..keyakinan pasti membuahkan hasil

2:25 PM

Feel One on progress

Ditulis oleh Zax

Kebelakangan ni, aku amat2 stres dgn tugas2 harian dan juga projek2 di Zafran Studio. Mujurlah di PWTC sudah tidak sesibuk mana menjelang hujung tahun ini. Kalo ada pun, mungkin event2 kecil dan kerja2 yg biasa sahaja yg perlu diuruskan.

Kerja2 rakaman single Feel-One masih berjalan di studio aku, dimana aku bertindak sebagai penerbit dan sound engineer, bersama Roslan Paradise yg bertindak sbg music arranger..


Kumpulan ni mmg terdiri drpd sahabat2 yg ku kenal kat KTI.. Lagu yg mereka submit utk diproduce antaranya ialah KeampunanMu, Bencana Dunia dan Syiar Islam. Lagu2 tu not bad n ada yg dijangka hits... yg bestnya, mereka buat lagu sendiri, dan aku memberi kebebasan utk mereka utk create identiti sendiri.

Bercerita ttg sesi rakaman kali ni, ni la kali pertama aku menggunakan software Steinberg Cubase 5, dan digabungkan dengan Reason dn beberapa VSTI lain... so far, lagu KeampunanMu hampir siap dan yg lain masih diperingkat menyusun muzik...

So, mungkin akan dpt hasilnya sebulan dua lg...

7:29 PM

New project is coming

Ditulis oleh Zax

Sudah dua mggu aku bercuti, melupakan kejap kerja2 dan tugas politik di opis. Dalam cuti 2 mggu ni, aku meluangkan masa bercuti bersama keluarga di Penang, Perak dan juga pulang ke kampung halaman ni Muar, Johor.

Org kata jauh perjalanan luas pemandangan. Semasa bercuti kat Perak, berpeluang gak aku masuk ke kawasan Felda Sungai Troh, Sungkai Perak. Dapat jugak tgk aktiviti peneroka Felda kat sini. Pehh, siap ada resort kolam air panas tuh.. Tgk umah org Felda ni, seronok tgk suasana kampung.

Di Penang lak, cuma bercuti biasa sambil membawa nenek aku, Hajah Amnah. Namun aktiviti utamanya ialah Memborong DVD di bazar Batu Feringgi...byk gakla dpt....sana mmg lubuk DVD murah pun

Anyway, my latest project is produce grup nasyid nama Feelone... album single sebenarnya, 3 lagu.. masih dalam proses membikin muzik dan akan masuk studio dlm masa terdekat. So, kita tgk la hasilnya camana

3:37 PM

Hujung tahun

Ditulis oleh Zax

Sudah dua minggu modemku di rumah terbakar buat kali kedua kerana dipanah petir. Ya, kuasa Allah takde sapa yg mampu menghalang. Mujurlah wireless routernya boleh guna lagi.. dapatla online kejap guna laptop adik aku atau guna HP..

Sebenarnya bukan xnk beli USB wireless adapter utk PC aku, cuma aku rasa aku lebih concentrate buat kerja tanpa internet kat PC.. Ini tidak, sambil recording sambil layan Facebook, KTI, YM yg kadang2 membuatkan kerja aku jadi lambat dan tak berapa nak concentrate. Bukan xnk guna laptop, tp mungkin aku byk gunakan PC dan malas nak bukak tutup laptop berulang kali.

Hujung tahun ni banyak sgt projek yang masuk... skrg, ada 3 kumpulan tgh aku producekan albumnya iaitu Haramain, Paradise dan Buraq... dan kemungkinan, Feelone pun akan start tak berapa lama lagi

Kerja produce album dan menjadi sound engineer mmg agak meletihkan. Banyak kerja dan idea perlu dikerah. Tambah pulak menerbitkan album nasyid ini bukan mudah kerana ia adalah satu cabang dakwah, dan aku mahu dakwah itu terkesan di hati pendengar nanti.

DI OPIS, PAU 2009 sudah hampir sebulan tamat. Melalui masa2 tenang di opis cukup melegakan selepas PAU. Walaupun ada 2-3 event besar lagi hujung tahun ni, tapi aku yakin ia akan diselesaikan dengan mudah

Mula terfikir, adakah hujung tahun ni akan menutup tahun yg bahagia, ataupun suram??

11:22 PM

Harapan Kecewa

Ditulis oleh Zax

Ahmad Jais

Harapan Kecewa

Bila kukenang kurenung
Remuk rendam rasa tak tertanggung
Harapan bahagia nan menggunung
Terhampar hanyut terapung

Harapan untuk bersama
Mendirikan istana asmara
Berpadu kasih erat dan setia
Kiranya tak terlaksana

Harapanku kecewa
Dalam manis madu kata-kata
Dengan pujukan yang hanya dusta
Aku terpedaya

Alam sekeliling membisu
Tak sepatah kata nan merayu
Hanya kau menanggung derita pilu
Tak seorang pun yang tahu

8:11 AM

Rancang dan rancang...

Ditulis oleh Zax

Meniti hari-hari menjelang Aidilfitri seakan suram sahaja bagi aku.. banyak masa dihabiskan dgn menghadiri majlis berbuka puasa disana sini, manakala selebihnya cuma menghabiskan masa di pejabat dah rumah...

Tak tau kenapa, tahun ni macam takde sangat mood raya.. maybe kerana ada event besar dan tugasan berat yang menanti aku hingga penghujung Oktober. Cuti pun tak banyak, raya kelima sudah perlu berada semula di pejabat...

Bulan November dan Disember mungkin aku akan kembali aktif semula dgn muzik... nak siapkan album Paradise yang masih berbaki 4-5 lagu, kemudian band aku, Buraq juga akan kembali menyambung rakaman di Studio Zafran milik aku...

Ya, mungkin ada rezeki yg lebih hujung tahun ni

11:07 AM

Meninjau Masjid Besi, Putrajaya

Ditulis oleh Zax






Ahad lps, aku ke Putrajaya atas satu urusan. Dalam lps wat benda, aku pun singgah meninjau sebentar ke Masjid Besi @ Masjid Mizan Zainal Abidin. Masjid ini dibina dkt2 dgn kompleks mahkamah dan tak sampai 1KM pun drpd Masjid Putra

Well, first sight kat parking kereta pun aku dh kagum...macam parking shopping kompleks plak... haha..

Masjid ni cukup besar dan leh muat 30,000 jemaah. Binaan mmg moden, boleh kata mmg betul2 masjid yg buat drpd stainless steel termasuk kubah dia skali... cantik memang cantik.

Ruang solat xde dinding kos nak bg angin tasik masuk...boleh tahan gak sejukinya. dan lagi satu, aku suka aliran air kat paip wuduk tu... lembut je air mengalir.. haha

7:16 AM

Salam Ramadhan buat semua

Ditulis oleh Zax

Salam Ramadhan buat semua pembaca blog nih. Semoga amal ibadah kita di bulan puasa akan mendapat ganjaran yg setimpal drpd Allah SWT..


Dapatkan Testi-Testi Menarik di Sini

Al Fatihah untuk Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani)..yang baru menemui Allah sebentar tadi..satu kehilanagn besar buat Agama dan Negara..Al Fatihah..

Itulah mesej yang aku terima drpd Rahim Inteam tepat jam 11.20 pagi, 13 Ogos 2009. Terkejut, tergamam, speechleas semua ada. Ya, seorang ikon nasyid telah pergi buat selama-lamanya.

Dengan diiringi teman2 KTI, aku terus ke Hospital Pantai Bangsar untuk menziarahi. Jenazah dimandi dan dikafankan disitu. Ramai artis datang menziarahi. Hujan bagai meratapi pemergian insan yang banyak jasanya dalam industri nasyid. Itulah ASRI IBRAHIM...

BAGAI satu pertemuan besar diadakan di perkarangan rumah keluarga allahyarham di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lancung, Shah Alam dimana ramai artis2 nasyid hadir memberi penghormatan terakhir kepada Arwah. Ramai yg masih tak percaya yg arwah terlalu cepat meninggalkan kita, terutama usaha dakwah yang dilakukan hingga akhir hayat beliau.

Ya, ramai akan merindui suaranya nanti. Moga Allah akan mencucuri Rahmat Beliau

8:06 AM

Studio Works Again...

Ditulis oleh Zax

Minggu ini, lps balik je kje aku terus berperap dalam homestudio aku. Skrg ni, tgh sambung balik sesi rakaman dengan kumpulan nasyid Paradise.

Utk album sulung diorg, aku bertindak sebagai penerbit dan juga 'sound engineer' yg turut bertanggungjawab dlm proses mixing. Satu pengalaman yg baru tp mencabar kos seme benda perlu dibuat teliti... dan aku amat teliti orgnya.

Maybe Ahad nih akan masuk Studio Inteam utk rakaman vokal, dan seterusnya kembali ke Zafran Studio milikku di Lembah Keramat utk overdub, editing, mixing dan mastering...ya satu kje yg amat letih tp seronok..

Kita lihat hasilnya nnt

11:11 PM

Ogos menjelma...

Ditulis oleh Zax

Bulan Ogos, bulan kelapan dalam kalander Masehi sudah menjelma. Nampaknye sudah masuk ke fasa suku kedua 2009. Namun, masih banyak benda dan tugas yg belum dapat aku selesaikan...urghh!

Lately, aku agak kurang main muzik dan amat jarang tumpu pada kerja dlm studio... kesibukan tugas di pejabat dan urusan keluarga harus aku utamakan dulu. Tapi ada la gak sempat siapkan lirik dan dua tiga projek kecik...

Bulan ni penuh dgn aktiviti, undangan kahwin dan akan dtg, majlis bukak puasa... tp aku rasa, maybe tahun ni nk kurangkan sket aktiviti bulan puasa sbb nak spent time dgn famili...kalo x cam tahun2 lps...lps kje je jenuh berlari sana sini penuhi jemputan kwn2...terutamanya dgn kumpulan2 nasyid nih.

6:40 PM

Tag lagi yg perlu dijawab

Ditulis oleh Zax

Maka ukhti Nadhirah, sahabatku di UPM tag aku wat entah brape kali... maka inilah jwpnnya

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?

* Redha Allah, bakal isteri, duit duit duit

2. Apakah benda akhir yang kamu beli dengan duit sendiri?

* Nasi Goreng Cina + udang goreng tepung +sate

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?

* Dewan Merdeka/Dewan Tun Ismail, PWTC

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?

* Tah...more than one year kot

5. Adakah anda sedang di lamun cinta?

* Hanya harap kasih syg bakal isteri yg solehah

6. Di mana restoran akhir kamu makan malam?

* Dont remember, but ada satu kedai Tomyam dkt keramat

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?

* Byk sgt buku kat atas meja nih... maybe 'Mantap Mengaji - Kaedah Al-Matien' by Ustaz Zamri Mantop n my good friend (jiran blakang umah) Ustaz Wahid Haniff

8. Nama penuh anda?

* Aizat Ikhwan Abd Jalil

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau emak?

* BOTH!

10. Namakan seorang yang kamu ingin jumpa dalam hidup kamu?

* Rasulullah

11. Sebutkan nama 8 sahabat yang rapat dengan kamu?

- Ms S*** ****** ((Nama Dirahsiakan...huhu)
- Mr Mohd Amin Adnan (Penasihat utama)
- Mr Ahmad Harith Rozelan (Kwn baik selama 7 tahun... Ketua Setiausaha Sulit aku)
- Mr Shafiq Sunazman (sama cm Harith, Pegawai Khas)
- Mr Hussaini Hussien ( student la UIA, CEO of Zafran Management/Setiausaha Politik)
- Mr Adib (Bodyguard)
- All my PWTC frendz


12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri?

* Mak aku cuci

13. Tempat yang paling seronok yang kamu ingin pergi?

* Baitullah

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu..

* Nama Nadhirah
* UPM mareyyy
* kenal kat KTI
* sebaya
* Ceria orgnya

15. 8 perkara yang saya gilai..

* My guitar/bass, my musical and recording equipment
* Analisis politik
* Jamming
* Spending a lot of time reading
* Surf internet
* Merayau
* Bolasepak/futsal/cycling
* Tdo

16. 8 buah buku yang paling baru di baca?

* Al-Quran
* Mantap Mengaji - Kaedah Al-Matien
* La Tahzan
* Dalam Kenangan - Tun Abd Razak
* Nota Tun Ghafar Baba
* Buku2 gitar
* Buku Politik
* & others

17. 8 lagu yang kamu boleh dengar berulang kali?

* Fear Of The Dark (Iron Maiden)
* Hallowed By Thy Name (Iron Maiden)
* Sumayyah (Hijjaz)
* Nur Kasih (Inteam)
* Dari Hati Ke Hati (M. Shariff n Maria Bachok)
* Nothing Else Matters (Metallica)
* Kenangan Bersamamu (Lefthanded)
* Melati Yang Hilang (Buraq -my band)