Lama pula tinggalkan blog ni. Musim hujung tahun adalah waktu paling sibuk aku. Dengan PAU, tugas2 pejabat serta banyak lagi.
Projek baru aku, aku kini bergiat aktif menjadi Ketua Pengarang di Munsyeed.com, sebuah agensi media khusus untuk industri nasyid. Baru 2 bulan beroperasi dan alhamdulillah, dapat sambutan menggalakkan.
Sebenarnya, minat aku utk menulis sejak dibangku sekolah lagi. Ramai yg tak tahu, aku sememangnya bergiat aktif dalam bidang penulisan dan selalunya, job scope yg aku ambil ialah dalam bidang politik dan sosio-ekonomi. Tambah pula, berkerja di sebuah pertubuhan siasah yg banyak mengajar aku lebih mendalam dalam bidang ini.
Cuma, menulis dalam bidang nasyid ni, mungkin melencong gak tapi mmg itu minat aku, ditambah dengan pengalaman aku bermuzik. Skrg pun, masih menuntut ilmu dengan kawan2 editor. Dan antar guru-guru aku iala bekas ketua pengarang Utusan, editor Berita Harian dan beberapa lagi yang bersamaku di PWTC
Munsyeed ni buat part time je, sama juga seperti bidang muzik kerana aku masih ada tanggungjawab pada tugas hakikiku. Cuma, mahu pergi lebih jauh dalam bidang ini.... insyaallah...
Next, aku akan siapkan beberapa rakaman tertangguh. Feel One cuma berbaki satu lagu je. Buraq pula, akan berperap sepenuhnya di studio bermula dari hujung Oktober hingga hujung tahun, menulis dan merakam single...... so, tgulah camana
Bermula Realiti Cinta Kita
10 years ago
2 kata orang:
Kau tak nak ajak aku kerja ker?
jadi wartawan pun takpelahhhh....
Post a Comment