HIJJAZ – PERMATA HIJJAZ 1431
Hijjaz, nama gah yang lahir 13 tahun dahulu kini muncul kembali, selepas lima tahun menyepi. Menunggu karya terbaru daripada salah satu daripada tiga kumpulan yang membentuk Industri nasyid di alaf 21 ini sememangnya berbaloi. Apatah lagi, kumpulan ini juga ‘bertanggungjawab’ membuka jalan kepada hampir 10 penasyid lain sehingga berjaya.
Lima tahun menunggu, nah, keluar satu album yang boleh dianggap sebagai masterpiece sepanjang karier mereka. Dan boleh dikatakan, mereka telah mengeluarkan apa yang mereka mahukan sepanjang masa itu.
Membuka dan membelek kulit album mereka kali ini, saya amat terkejut. Wow, ini betul-betul punya gempak, baik dari segi design mahupun kualiti paper pada inlay itu sendiri. Dengan berlatar-belakangkan ala2 Cordoba, mereka cukup lengkap visualnya pada kulit album ini. Dengan gambar-gambar belakang tabir, para pemuzik dan semua yang terlibat dalam album ini. Jadi, seperti biasa, mari kita review track by track lagu mereka
1. Gurindam Berkasih - Membuka track permulaan dalam album ini dengan irama asli. Mood hype dalam lagu ini, dengan tema kemasyarakatan pada liriknya, membuka album ini dgn mood yang cukup ceria dan segar. Memang tepat dengan susun aturnya sebagai track pembukaan. Pembukaan yang tepat!
2. Embun Hidayah – Track inikah yang mahu dibikin single utama? Jika ya, maka saya amat setuju. Lagu ini agak moderate sikit iramanya, dengan muzik yang padat... orkestra semua, cukup solid. Melodi pula mudah melekat sejak mula mendengar. Ya, ini track ‘killer song” di dalam album ini.
3. Satu Amanah – Track mellow bermula. Rasanya lagu ni banyak menguji vokal Munif. Muziknya. Track ini kedengaran serius, baik dari segi lirik, muziknya mahupun vokal. Ballad yang dimasukkan sedikit moderate muziknya.
4. Syukur Pada-Mu – Pengaruh muzik-muzik pop yang laju meresap dalam lagu ni. Sekali dengar macam lagu M.Nasir pun ada. Memang cukup laju lagu ni. Dengan up beatnya. Kedengaran segar. Ditambah dengan string orkestra yang bijak mencelah antara track gitar dan dram.
5. Ratu Nil (Yukabid) – Mereka cuba mengulangi kejayaan lagu berhantu ‘Sumayyah’. Walaupun ia bukan mudah, tambahan pula lagu itu telah menjadi anthem. Tapi bila dengar lagu ni, aku amat yakin kalo kne gayanya, lagu ini oleh jadi lebih hebat drpd Sumayyah. Lagu yang cukup solid, dan kedengaran berat pembawaanya. Track pilihan terbaik album ini!
6. Neraca Diri - Ballad yang sebenar dalam album ni. Cubaan pertama Arifin Hijjaz menulis untuk Hijjaz sendiri tampak hasilnya yang terbaik. Nice ballad, cuma stringnya macam tak cukup tebal... urgh, mungkinkah selera telinga aku sudah makin berat? Huhu. Kedengaran solo gitar cukup mengasyikan walaupun pendek. Kalo ada sound timpani mungkin best
7. Ala Baladi – Yeahhh, arab time!! Lagu ni diolah betul2 dgn irama padang pasir. Lama tak dengar Hijjaz main lagu arab, dan kali ni memang btol2 style arab gelek...hahaha... Errr, mana terjemaahan lirik dalam bahasa Melayu kat booklet tu?? By the way, nice song
8. Engkau Insan Sempurna – Tak lengkap sebuah album nasyid tanpa sebuah lagu untuk Rasulullah, dan tradisi itu sememangnya diisi Hijjaz disetiap album mereka. Cuma kali ini, mereka mengolah dengan irama yang moderate. Ada suara horns lagu ni. Pop biasa yang sedap diadun muziknya.
9. Kekasih Agung 1431- Urghh, macam pernah dengar lagu ni. Tapi, tak mengapa, sebab olahan lagu ini cukup segar. Vokal Munif cuba untuk meretro modenkan lagu ini. Haa, baru nampak percussion upfront sket. Retro yang segar. Cuma, macam ringan sket lagu ni. Kat mana ekkk
10. Iman Islam Ehsan – Sudah seperti mau ke arah muzik 70/80an. Pengaruh Bee Gees, Abba kedengaran disana sini terutama kat intro. Seblum diadun dgn muzik pop biasa. Cuba mendaki semula mood hype seperti awal album.
11. Kalimah Utama – Karya Dakmie selalunya sedikit dark. Begitu juga lagu ni. Kedengaran dark, ditambah dengan koir yang biasa mengiringi artis tanah air. Betul-betul melayang dengar lagu ni. Best....
Yeahhh, takde lagi programming keras macam robot dalam album ini, sebaliknya semua muziknya dimainkan Live... kalo didengar, agak banyak elemen2 berat dalam album ni, tapi diolah dengan gaya Hijjaz dan muzik pop yang tak keterlaluan. Terlampau banyak elemen tak dijangka dalam album ini. Yeah, mereka akhirnya menyahut cabar untuk berevolusi.. dan evolusi itu menjadi PERMATA
2 kata orang:
aku dh dgr album ni.mmg sesuai harga & kejenye.tp aku rase mcm MAS & Airasia,mcmana hebat persembahan ko,org nk yg murah gak & yg lebih penting berbaloi. Terpulanglah pd masing2. Biar sederhana harganya tapi tinggi nilai mesej&penyampaiannya. Nasyid bkn hanya utk "live" muziknya tp "live" penghayatannya. Yg menyanyi perlu amal dulu apa yg disampaikan. mcm tengok cermin nampak diri sendiri dulu, baru org lain.
1.COLOR COVER MALAP...
2.100% LIVE STRING ORCHESTRA=0% LIVE PERCUSSION?
3.NASYID KER???
Post a Comment