Ramai sahabat2 bertanya, susah ke nak produce album?
Ini adalah satu persoalan yg agak subjektif sebenarnya utk aku jawab. Walaupun aku sudah berpengalaman menjadi sound engineer sejak tingkatan 4 lagi, namun kerja ini sebenarnya amat payah dan memerlukan kreativiti mendalam. Itu belum lagi dgn masa, pengorbanan dan wang ringgit yang perlu dilalui.
Dari aspek teknikal, aku mmg jenis yang amat2 menitik beratkan kualiti sesuatu hasil kerja. Tak kiralah apa yg aku buat, samada membikin album nasyid, rock, pop mahupun penghasilan jinggle.
Skopnya berbeza bila aku terlibat dalam pembikinan sebuah album nasyid. Aku perlu memastikan sesuatu lagu itu kena dgn gaya penyampaiannya. Aku mahu lagu tu terus meresap ke hati pendengar, baik dari segi lirik dan susunan muzik.
Kalau ikutkkan, membikin album nasyid lebih payah daripada membikin album pop/rock. Bayangkanlah, aku terpaksa duduk dan menghandle hampir 50 track instrument dan vokal utk diteliti satu persatu. backing vokal sahaja hampir 10-12 track layering dibuat, tak termasuk lead vokal dan muzik lain.
Mujurlah, teknologi banyak membantu. Penggunaan Digital Audio Workkstation (DAW) seperti Cubase, Sonar, Nuendo dan beberapa lagi banyak membantuku. Masa dulu, kemudahan terhad. Aku masih ingat lagi time aku start blaja jd sound engineer. Kemudahan pun tak seberapa.
Ada masa aku sambung lg bab2 aspek yg lebih teknikal
Bermula Realiti Cinta Kita
10 years ago
0 kata orang:
Post a Comment