Sebagai seorg yg bertugas di UMNO, setiap tahun aku menyambut ulangtahun parti keramat ini. dan pada tahun ini, umurnya sudah menjangkau 64 tahun, dimana ia diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar pada 11 Mei 1946.
Aku menyertai UMNO Malaysia pada 2006. Tahun ini merupakan tahun keempat aku merayakanya. Bukan mudah untuk berada di dalam parti keramat ini, ditambah pula dengan arus politik semasa yang sukar dijangka pasang surut ombaknya.
Walaupun aku masih baru dalam dunia politik, namun aku pernah menyaksikan beberapa detik dramatik yang mengubah landskap politik tanah air. Bermula dgn tsunami politik selepas PRU12 hingga peralihan kuasa tertinggi tahun lepas, semuanya berlaku di depan mata aku.
Ya, politik dan aku sukar dipisahkan, begitu jugak dgn UMNO. Namun, aku lebih bersikap terbuka, lebih suka meraikan semua pendapat walau berbeza ideologi politik.
Di usia 64 tahun UMNO ini, aku banyak belajar tentazng erti Perjuangan Alif Ba Ta, yakni perjuangan agama bangsa dan tanah air. Aku sedar, aku bukanlah seorang pejuang bangsa. Aku masih baru dalam politik, masih banyak perlu belajar
Moga di usIA 64 tahun ini, parti ini terus berjuang untuk agama, bangsa dan Tanah Air
Bermula Realiti Cinta Kita
10 years ago
0 kata orang:
Post a Comment