Aizax: Uncovered

Music - Politics - all this kind makes me...

3:37 PM

Hujung tahun

Ditulis oleh Zax

Sudah dua minggu modemku di rumah terbakar buat kali kedua kerana dipanah petir. Ya, kuasa Allah takde sapa yg mampu menghalang. Mujurlah wireless routernya boleh guna lagi.. dapatla online kejap guna laptop adik aku atau guna HP..

Sebenarnya bukan xnk beli USB wireless adapter utk PC aku, cuma aku rasa aku lebih concentrate buat kerja tanpa internet kat PC.. Ini tidak, sambil recording sambil layan Facebook, KTI, YM yg kadang2 membuatkan kerja aku jadi lambat dan tak berapa nak concentrate. Bukan xnk guna laptop, tp mungkin aku byk gunakan PC dan malas nak bukak tutup laptop berulang kali.

Hujung tahun ni banyak sgt projek yang masuk... skrg, ada 3 kumpulan tgh aku producekan albumnya iaitu Haramain, Paradise dan Buraq... dan kemungkinan, Feelone pun akan start tak berapa lama lagi

Kerja produce album dan menjadi sound engineer mmg agak meletihkan. Banyak kerja dan idea perlu dikerah. Tambah pulak menerbitkan album nasyid ini bukan mudah kerana ia adalah satu cabang dakwah, dan aku mahu dakwah itu terkesan di hati pendengar nanti.

DI OPIS, PAU 2009 sudah hampir sebulan tamat. Melalui masa2 tenang di opis cukup melegakan selepas PAU. Walaupun ada 2-3 event besar lagi hujung tahun ni, tapi aku yakin ia akan diselesaikan dengan mudah

Mula terfikir, adakah hujung tahun ni akan menutup tahun yg bahagia, ataupun suram??

0 kata orang: