Al Fatihah untuk Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani)..yang baru menemui Allah sebentar tadi..satu kehilanagn besar buat Agama dan Negara..Al Fatihah..
Itulah mesej yang aku terima drpd Rahim Inteam tepat jam 11.20 pagi, 13 Ogos 2009. Terkejut, tergamam, speechleas semua ada. Ya, seorang ikon nasyid telah pergi buat selama-lamanya.
Dengan diiringi teman2 KTI, aku terus ke Hospital Pantai Bangsar untuk menziarahi. Jenazah dimandi dan dikafankan disitu. Ramai artis datang menziarahi. Hujan bagai meratapi pemergian insan yang banyak jasanya dalam industri nasyid. Itulah ASRI IBRAHIM...
BAGAI satu pertemuan besar diadakan di perkarangan rumah keluarga allahyarham di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lancung, Shah Alam dimana ramai artis2 nasyid hadir memberi penghormatan terakhir kepada Arwah. Ramai yg masih tak percaya yg arwah terlalu cepat meninggalkan kita, terutama usaha dakwah yang dilakukan hingga akhir hayat beliau.
Ya, ramai akan merindui suaranya nanti. Moga Allah akan mencucuri Rahmat Beliau
0 kata orang:
Post a Comment