Aizax: Uncovered

Music - Politics - all this kind makes me...

7:41 PM

Tilawah Pendidikan Khas 2009

Ditulis oleh Aizat


Setelah tiga tahun aku meninggalkan alam persekolahan, minggu ini aku kembali semula ke kancah Pendidikan Khas Bermasaalah Pembelajaran (PKP). Kali ni, aku kembali ke acara yang sinonim dengan aku dahulu, iaitu Tilawah Al-Quran dan Hafazan Al-Quran. Bukan sebagai peserta, tetapi diminta oleh guru2 di sekolah untuk memberi tunjuk ajar kepada Mohd Faez, pelajar yang mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah dan hafazan.

Bermula Isnin lepas, aku mula melatih Faez di sekolah. Actually, aku ni bukannya pakar dalam bidang tilawah Al-Quran dan Hafazan ni, cuma time skolah dulu aku diajar secara khusus tentang Al-Quran ni, so aku gunakan ilmu yang ada untuk mengajar Faez. Aku banyak cocentrate pada makhraj huruf, hafazan, tajwid manakala seorang lagi ex-PKP, Shafiq ajarkan bab tajwid dan bacaan secara muratal. Tapi, hmm bolehla dibanggakan dengan pencapaian seorang OKU.

Dengan Faez...songkok ala Tun Razak...hahaha

Hari pertandingan agak mendebarkan gak. Aku sedikit gusar kerana ada beberapa kelemahan seperti hukum2 nun mati, mim mati, mad dsb yang masih belum dikuasai Faez. Tapi, aku faham sgt2 dgn kemampuan pelajar2 OKU ni. Tapi yg suprise, Faez ni kelebihannya dapat menghafaz Yaasin, dimana surah tu menjadi pilihan soalan Hafazan. Wow, tak sangka mamat ni hafazan dia best gila...

Masa Hafazan

Masa tilawah pulak, hmm nampaknya masih boleh dibanggakan lagi. Sebenarnya, aku nak ajar Faez dgn taranum paling asas iaitu Bayati dan Nahwand, namun sekali lagi kemampuan mengatasi kehendak. Tapi, aku cuba gak latih dia utk buat burdah di beberapa tempat strategik supaya xdela nampak sgt baca straight jer... well, he did a good job.

Masa Tilawah

Walaupun keputusan akhir tidak menyebelahi Faez, namun aku dapat expose pada dia sedikit sebanyak ilmu2 tilawah dan hafazan Al-Quran. Mungkin he will be better one day? Potensi ada, cuma kena gilap kasi berkilat kaw2.

Dan satu pengalaman baik buat aku, mengajar Al-Quran pada junior2 aku di sekolah. Mungkinkah aku layak menjadi guru Al-Quran satu hari nanti? Insyaallah, jika aku dpt mantapkan ilmu aku ni. Thanx tu Puan Noraini Abd Ghani, Ustazah Norhamimi, Cikgu Hidayat yg sudi bg aku peluang mendidik junior2 aku ni...thanx to Shafiq sbb sudi tlg aku gak...

Maka, tibalah masa utk aku kembali ke arena politik aku di PWTC.....

0 kata orang: