Aizax: Uncovered

Music - Politics - all this kind makes me...

2:09 PM

Politik dan muzik??

Ditulis oleh Aizat

Hmm... ramai yang tanya pada aku, kenapa aku pilih untuk berkecimpung dalam bidang politik sedangkan aku sudah ada minat dan ruang dalam arena muzik... umum, mereka tahu aku berkerja di sebuah pertubuhan siasah.

Aku sebenarnya bukanlah dilahirkan dalam keluarga ahli politik. Akan tetapi, aku dibesarkan dalam suAsana keluarga yang 'majmuk' akan parti yang mereka ikut.. baik dalam kerajaan atau pembangkang, semuanya ada dalam keluarga aku...ehh, sapa kata berbeza ideologi politik tak boleh hidup dalam keluarga harmoni??

Pengalaman aku bercampur dan bekerja dengan orang politik baik dipihak kawan dan lawan, walaupun baru berusia dua tahun lebih merupakan satu pengalaman yang sgt berharga... aku tidak mengatakan apa2, tapi aku lebih senang neutral dan menerima apa yang betul dan menolak apa yg salah... atas pagar dalam bahasa mudahnya...

Serius dalam politik?? Mungkin bukan masanya... dua tahun pengalaman, tampak masih mentah.. dan banyak lagi aku perlu pelajari kerana iklim politik Malaysia ni sentiasa berubah, dan tidak boleh dibaca tindak tanduknya..

Cita-cita?? Mungkin aku bukan sesuai di tempat menjadi seorg ahli politik, MP, ADUN atau sebagainya.. Namun, aku lebih senang utk menjadi seorg pemikir dan penganalisis politik satu hari nanti insyaallah...kerana politik juga dapat membentuk fikiran dan ilmu pengetahuan ke tahap yg lebih matang...

Muzik?? Tidak akan sekali ku lupa... aku masih belum puas dgn penncapaian aku dlm industri muzik terutama nasyid... byk lagi benda aku lom capai.... dan akan aku cuba mengimbangi dua kerjaya ini dgn baik....

0 kata orang: