Aizax: Uncovered

Music - Politics - all this kind makes me...

12:03 AM

Back to the studio

Ditulis oleh Aizat



Aku kembali sibuk di homestudio milikku di rumah. Menggodek software recording Cakewalk Sonar 8 Producer Edition yang baru di'install' dalam PC aku. So, apa lagi, sepanjang cuti Thaipussam 3 hari ini banyak aku habiskan dengan belajar fungsi Sonar 8 ni.

Cara installnya agak rumit dan memeningkan aku jugak, banyak yang perlu dipatch. Sebaik sahaja dah selesai install program dan semua plugin, masalah lain datang. Soundcard aku tidak berapa serasi dengan keperluan audio, membuatkan aku terpaksa mencari setting yang sesuai utk menyesuaikan dengan segala interface yg ada

Aku cuba satu persatu 'new features' yang ada. Untuk kali ni, aku tak berkesempatan utk merakam secara direct input disebabkan interface aku ada probs dgn Sonar... so, aku try dgn beberapa lagu yang pernah aku rakamkan dahulu dan tgk sejauh mana Sonar ni berfungsi...

Untuk rakaman secara loop dan samples, memang langsung xde masalah sgt... fungsi AudioSnap dan Groove Clip Looping mmg agak berkesan, tambah pulak kalau nak dibuat backing tracks... buleh dikatakan agak mudah, termasuk menadjust tempo, automation dsb...

Utk rakaman pula, aku cuba pastekan semua track dalam lagu yg pernah aku buat 'Melati Yang Hilang'... aku gunakan 'dry track' utk uji sejauh mana Sonar buat mixing... Urgghhh, not bad at all, dan aku paling suka efek VST Tube Leveler, Vintage Channel dan Linear Compressor... boleh warmkan sound yang dry.... tp tgk gakla source camana

Pastu aku try pulak gunakan Virtual Instrument (VSTi) guna lagu yang aku gubAh menggunakan MIDI... hmm, tak banyak aku leh katakan sebab agak pening dgn patch, channel dsb... mungkin sbb aku tak berapa arif lagi guna MIDI...still learning on it.. but drpd apa yg aku dpt, sound great, terutamanya bila aku gabungkan instrument Rewire kedalam Reason... sound nice....

So overall, aku xleh ckp byk gAK sbb aku tak explore lagi betul2... hopefully, next projek aku akan guna Sonar 8 ni... sapa tau lagi best drpd Audition 3.0 dan Cubase???

0 kata orang: