Aku dan Amin tergamam bila Abg Syed bgtau pagi tadi yg Baharuddin Othman @ Baha Guard sudah meninggal dunia petang Jumaat yang lalu. Ya Allah, baru hari ni aku tahu yg sahabat baik kami berdua ni meninggal dunia akibat kemalangan.
Sedih tak terkata. Sebab aku dan arwah boleh dikatakan rapat dan kami suka bergurau. Aku tak sangka, kali terakhir aku melepak dengan Allahyarham ialah pada tengah harti Selasa di post guard tingkat tiga dgn Amin. Aku duduk disebelahnya tika HPnya discharge..
“Penat tau ronda 8 jam” Itulah ayat terakhir yang keluar dari mulutnya, tak silap pada hari Khamis, sehari sebelum dia meninggal. Time tu aku terserempak dengan arwah di blok podium … dia tengah meronda utk make surte semua pintu dewan dikunci. Tak silap aku time tu Sempat aku menepuk bahunya, biasalah tepukan kawan2… Subhanallah.. tak sangka itu pertemuan akhir aku dengan arwah…
Arwah eksiden motor… dan meninggal jam 4 petang Jumaat dan dikebumikan di Ijok... Meninggalkan seorang balu dan tiga cahaya mata. Seorang yang rajin, baik dan mudah tersenyum, seperti kata bos aku, Puan Hafizah Abu Bakar…
Al Fatihah buat arwah… aku, Abg Amin n semua geng2 kami akan kenang jasa kau… later kami akan ziarah kuburnya kalau berkesempatan
Allahumma Firlahum Warhamhum waafihi waafuanhum
Bermula Realiti Cinta Kita
10 years ago
1 kata orang:
Al-Fatihah..
Post a Comment