Aizax: Uncovered

Music - Politics - all this kind makes me...

7:57 PM

Menjaga Harta...

Ditulis oleh Zax

Aku ada sifat menyayangi harta benda yang aku miliki. Tak kira la apa harta atau barangan yang aku beli hasil titik peluh aku bekerja, tak kira hatta telefon bimbit atau computer dan barang2 lain, pasti akan aku jaga dan make sure segalanya berjalan dengan baik dan sempurna tanpa sebarang kerosakkan.

Memang, aku seperti tak boleh lihat harta-harta kesayangan aku (terutama PC dan HP) ada error, rosak atau jahanam. Tahlah, seakan aku runsing bila kenangkan yang itu mahu direpair, yg ini mahu dibetulkan. Aduhai, kos lagi, lpstu kerja-kerja aku tergendala lagi.

Tak tahu la, sifat ni dah tertanam dalam diri aku sejak kecik lagi, iaitu menjaga harta. Aku tak seperti org lain yg ada rumah dan kereta utk dijaga. Yang ada, Cuma PC, HP dan gajet2 aku yg cukup aku sayang dan jaga macam nyawa aku sendiri. Bila rosak, mulalah kelam kabut aku berkejar mahu membaikinya. Duit lagi.

Cuma bila difikir balik, sedikit sebanyak benda ni mengajar aku agar lebih cermat dan teliti dalam hal-hal menjaga harta2 peribadi aku. Dan juga, bila ada yg rosak dan perlu dibaiki, ada hikmahnya. Ia dapat melatih aku supaya lebih bersabar dan tidak terburu-buru.

2 kata orang:

Nadirah Ahmad Azam said...

sayang harta =)

Nadirah Ahmad Azam said...

sayang harta =)