Aizax: Uncovered

Music - Politics - all this kind makes me...

10:57 AM

Tugas Orang Media....

Ditulis oleh Zax

Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu macam mana aku boleh tercampak dalam bidang Media ni. Cita-cita asal aku sebenarnya adalah untuk menjadi seorang guru. Namun, takdir yang merubah segalanya sebaik sahaja aku tamat persekolahan.

Aku berpengalaman lebih kurang empat tahun dalam bidang media, terutama dalam hal-hal media politik dan sosial. Empat tahun bergelumang dengan suasana yang penuh mencabar, aku diajar bagaimana mahu mengendalikan wartawan, menyunting berita, buat berita, etika kewartawanan dan lain-lain.

Maybe sebab minat juga rasanya. Aku diajar membaca akhbar sejak berusia 5 tahun lagi. Ketika tu, akhbar Utusan Melayu, Berita Harian memang sentiasa ada dirumah. Vendor akhbar yang selalu hantar akhbar ke rumah aku sejak kecil pun hanya bertukar dua kali aje.

Mungkin aku taklah cenderung jadi wartawan, tapi lebih kepada menulis rencana dan duduk di bahagian editorial. Tugas aku di pejabat pun, lebih banyak terperap di pejabat, menyunting bahan berita terutama video.. Cuma sesekali keluar mencari info dan melepak dgn kawan2 dalam bidang sama

Walaupun aku xde la pendidikan formal dalam bidang ni, tapi Aku dididik oleh ramai wartawan dan editor akhbar, termasuk bekas orang kanan Utusan dan Berita Harian. Ironinya, aku dlu membaca akhbar tersebut sejak kecil, bila skrg dididik pula oleh orang2 kanan akhbar tu

Pengalaman mengajar. Sekarang pun aku menjadi ketua pengarang MUNSYEED.COM, sebuah agensi media nasyid. Aku sebolehnya akan cuba sedaya upaya untuk gunakan pengalaman yg ada untuk mencurahkan khidmat

1 kata orang:

Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya said...

teruskan usaha,tidak susah untuk menulis. Tulislah dari hati, atas keikhlasan dan ketulusan bersandarkan fakta dan akal fikir perjuangan. Kita akan rasa puas apabila tulisan kita dibaca oleh orang lain, dipetik dan dijadikan bahan komentar.... bukan upah atau pujian....