Aizax: Uncovered

Music - Politics - all this kind makes me...

10:38 PM

NASIB INDUSTRI MUZIK MALAYSIA…

Ditulis oleh Aizat

NASIB INDUSTRI MUZIK MALAYSIA…

Hmm…actually dah lama dah aku nak tulis artikel ni, cuma takde kesempatan. So, setelah aku buat research di majalah, surat khabar, internet dan beberapa sumber yang boleh lah gak nak dipercayai…hehehe. Okay, mula cerita…

Makin lama, aku tengok industri muzik kat Malaysia ni makin mundur. Dah tak sehebat tahun 80’an-90’an dulu…malap dah macam dah nak padam. Satu industri dah kena kesannya… tak kiralah artis, pemuzik, penerbit, syarikat rakaman dsb.

Kalau dulu, purata album yang boleh dijual semuanya melebihi 50,000 unit…itu pun kira perkara biasa tau… kalau artis/band yang top boleh cecah 100,000-300,000 unit. Rekod jualan masih dipegang album Raihan-Puji-Pujian yang jual sampai 600,000…memang boleh buat duit kalo jadi artis time tu…

Tapi sekarang…hmm…nak jual 10,000 unit pun susah. Macam2 promosi dah dibuat, itu pun tak jalan. Banyak sebab sebenarnya yang boleh kasi down industri muzik kita…

Cetak Rompak??? Itu semua isu lama la… semua orang dah lali dengan benda ni… jenuh la para artis kita dok buat kempen anti-cetak rompak sana-sini tapi semua tak jalan…last sekali, sendiri nyanyi sendiri beli

Lain pula ceritanya pasal market di Malaysia ni…kecik sangat pemasarannya. Nak jual dalam negeri sendiri pun susah, inikan pulak nak ke Indonesia??

Kualiti…hmm…aku tengok banyak sangat artis yang lagunya tangkap muat je. Sedap tak sedap belakang kira. Diorang lebih banyak ‘jual muka’ daripada ‘jual suara dan bakat”… Asal cantik, lawa, handsome, terus boleh jual…kualiti hampeh…diorang cuma harapkan gossip/cerita sensasi utk naikkan nama diorang okaylah, dalam album kalo suara sumbang boleh edit, tapi kalo perform live…hancur..Ditambah pulak dengan masalah yang artist u buat

Jujurnya, aku tengok peminat sebenarnya tak reti menilai antara rupa dan bakat. Satu lagi, reality TV ni aku rasa tak banyak membantu kualiti industri muzik. Kalau popularity, memanglah tinggi tapi kualiti. Itu pasal banyak penyanyi tak berkualiti…tangkap muat je

Serangan Indonesia…tak habis satu, satu lagi yang masuk…ini pun masalah gak. Memang aku tak nafikan yang lagu diorang best, tapi kenapa kita tak support local act kita sama macam Indon nyer act… dan mulalah, satu2 band kat Malaysia ni tiru style band Indonesia…kononnya boleh jual…mmm

Kita kalau nak dibandingkan dengan negara jiran khususnya Indonesia, fuhh…mmg dah teramat jauh di belakang. Di Indon, scene muzik sana memang best, lagu diorg pun bagus2…itu takleh nafi la… jauh bezanya dengan di sini.

Sepanjang tahun lepas dan tahun ni, susah aku nak cari album yang semua lagu sedap…killer album kata orang…kalo killer songs tu banyaklah

Hmm… So, the conclusion is, industri muzik kita memang bermasalah teruk tahap maksima. Salah siapa, fikir sendiri….

1 kata orang:

Unknown said...

Ye kerr